Ku terkenang usia yang hampir mencecah separuh abad, di mana biasanya orang kata "rumah kata pergi, kubur kata mari..."
Aku juga akur dengan kesihatan yang semakin menjamah usiaku. Kalau beberapa tahun lepas, aku boleh memandu kenderaan dari JB ke Terengganu dan terus ke KL di dalam bulan Ramadan semasa melaksanakan tugasan, kini kebolehan itu sudah beransur kurang.
Hujung Oktober, 2006 lalu, aku telah dimasukkan ke hospital akibat denggi. Mungkin Allah memberikan aku peluang untuk bertaubat, walaupun dah masuk ke ICU ketika jumlah platelets (sel darah merah) dah tinggal 18, Alhamdulillah, aku kembali sihat. Walau bagaimanapun, aku rasakan kesihatan selepas kejutan denggi itu tidak sama dengan sebelumnya.
Semalam, aku dikejutkan lagi dengan satu musibah yang walaupun sedikit, ia memberi kesan kepada aku. Pagi semalam, sekitar jam 8.10 pagi, tiba-tiba leherku tidak boleh menoleh ke kiri atau kanan atau mendongak ke atas atau ke bawah. Walaupun orang biasa kata 'silap bantal' kejadian itu berlaku selepas aku telah bangun, solat, sarapan pagi dan sedang menguruskan kerja pejabat aku. Alhamdulillah, di hujung hari kedua, leherku bertambah lembut dan sudah boleh menoleh ke kiri dan ke kanan tetapi masih terasa sakitnya.
Sememangnya manusia sentiasa lupa akan sebuah hadis yang msyhur, yang sentiasa mengingatkan kita tentang sakit. Peringatan yang juga dinasyidkan oleh kumpulan Raihan...
Ingatlah Lima Sebelum Lima; sihat sebelum sakit; muda sebelum tua; kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati..
Satu kata pujangga yang masih aku ingat :
Kesihatan adalah sebuah tiara (mahkota) yang berada di atas kepala setiap orang yang sihat tetapi hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit ...
Justeru itu, ku ingin mengingatkan diri ini yang sentiasa lupa, ambillah kesempatan yang masih ada, baki usia yang masih tinggal untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan orang-orang yang mempunyai haq ke atas diri kita.
Masa yang terluang hendaklah digunakan sepenuhnya mencari bekalan dunia untuk ke akhirat. Janganlah kita disibukkan oleh EPL, EURO2008, filem-filem ASTRO yang tak berkesudahan dan lain-lain program yang tidak memberikan pulangan yang lumayan kepada zahir dan bathin kita serta kehidupan akhirat kelak.
Gunakan baki masa yang masih ada untuk bertilawah (membaca al-quran), menghafal surah-surah Al-Quran dan memahami maknanya, menghafal doa-doa harian yang makthur atau membantu orang-orang yang memerlukan..
Semoga kita tidak menyesal kerana Lupakan Lima Sebelum Lima ...
Sekian, sedikit peringatan daripada insanyang selalu lupa. Semoga ada manfaatnya.