Tanggal 26-Mei-2008 lalu aku berkesempatan berada di Residence Resort, Paka mengendalikan satu kursus kepada kakitangan Petronas Ammonia. Kursus Electrical Hazard ini adalah selama dua hari.
Sebelum matahari naik, seperti biasa aku akan cuba meluangkan masa bersendirian di pantai, menghirup udara nyaman serta melihat pukulan ombak yang menerpa pantai.
Pagi itu aku menyusur pantai ke sebelah kiri Residence Resort (RR), tempat aku bermalam. Di sebelah RR ini terdapat sebuah penempatan kecil yang tertegak beberapa buah rumah nelayan yang agak usang.
Sedang aku melihat persiapan seorang nelayan yang sedang menyiapkan botnya ke laut, tiba-tiba ku lihat suria menjengukkan mukanya dari arah timur.
Tanpa berlengah aku terus menukarkan fokus ku ke arah sang suria itu...Subhanallah..betapa indahnya cahaya yang sedang memancar, yang akan menyinari seluruh alam...
Seiring dengan nelayan yang menghidupkan enjin botnya ke laut, sang suria juga turut menampakkan dirinya, sedikit demi sedikit, menaburkan cahayanya mencecah lautan menuju ke pantai... Subhanallah ... Maha Suci Engkau Ya Allah, Yang Menjadikan Seluruh Alm dan Isinya...
Aku merasakan begitulah peristiwa yang berlaku setiap hari sejak berpuluh tahun yang lalu... si nelayan akan membelah laut mencari rezeki manakala cahaya sang suria akan mencecah permukaan laut menuju pantai, menerangkan seluruh alam..
Itulah peraturan alam yang telah ditetapkan oleh-Nya...
Semoga rezeki yang dicari oleh si nelayan untuk menyara keluarganya akan sentiasa diberkati Allah...
Semoga cahaya sang suria yang mencecah pantai akan menghidupkan semua tanaman...
memberikan sinar cahaya untuk membolehkan manusia melihat kejadian Allah...
mensyukuri segala nikmat yang diterima...
sehingga manusia kembali kepada-Nya..
Itulah pengajaran yang meniti di fikiranku dipagi itu...
Beberapa minit selepas mentari pagi menjangkau beberapa drjah di ufuk timur itu,
Aku bergegas ke bilik untuk bersiap ke kuliahku ...
Semoga pertemuan ini akan berulang di suatu masa kelak..
Ameen Ya Rabb 'alameen.