Kami berempat memulakan perjalanan dari pejabat di Bandar Seri Putra, Bangi jam 11.00 pagi menuju Kuala Terengganu. Perjalanan melalui Middle Ring Road 2 (MRR2), Lebuhraya Karak, Lebuhraya Pantai Timur dan seterusnya melalui Kijal, Kemaman, Paka, Dungun, Chendering, Kuala Terengganu, Gong Badak dan seterusnya mengambil jalan ke Permaisuri, melintasi depan INSTEPP.
Kami terpaksa bermalam di Sutra Beach Resort yang telah kami tempah lebih awal walaupun ia terletak kira-kira 23 Km dari tempat kerja kerana ketiadaan tempat tinggal. Ini adalah kerana Terengganu adalah tuan rumah SUKMA 2008 yang akan berakhir pada Selasa 10-06-2008. Kami tiba jam 7.00 malam, selepas 8 jam perjalanan..
Kerana keletihan yang amat sangat memandu, aku tidak keluar makan malam tersebut kerana kehilangan selera.
Keesokan harinya aku bangun awal. Selepas solat subuh, aku terus ke pantai. Ini adalah rutin aku sekiranya bermalam di resort di mana-mana pantai Terengganu.
Alhamdulillah, di sekitar jam 7.00 - 7.15 pagi, sang suria telah menjenguk aku dari celah-celah awan dan kabus tebal di ufuk timur.. Subhanallah, indahnya kejadian Allah ini... Maha Suci Engkau Ya Allah...
Jika dilihat dari keindahan pantai ketika sang suria menjenguk dari celah-celah awan di pagi hari, memang cucuk nama Sutera Beach diberikan kepada tempat peranginan ini kerana pantainya putih/kuning keemasan seperti sutera/emas selepas dipancar matahari. Kepenatan yang dirasai pada malam hari hilang seketika apabila melihat keindahan pantai ini...
Setelah hampir 30 minit menikmati keindahan pantai yang disinari suria pagi, kami pun beredar untuk bersarapan pagi.
Jam 8.45 pagi kami bertolak ke Nankai Worseted (Terengganu) Sdn, Bhd, sebuah kilang membuat benang di daerah Gong Badak. Kami ke sini untuk menunaikan perjanjian dan pemilik kilang untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaran sistem 11-kV dan LV kilang tersebut...