skip to main |
skip to sidebar
Minyak Oh Minyak ..
Dari petang semalam (4-Mei-2008) hingga tengah-malam, ratusan ribu kereta telah berbaris di semua stesen minyak di seluruh negara untuk mendapatkan petrol, disel dan gas pada harga lama. Mulai jam 12.01 tengah malam hari ini (5hb. Jun, 2008), harga petrol, disel dan gas telah dinaikkan oleh kerajaan.
Petrol yang dinaikkan dari RM1.92 sebanyak 40% ke RM2.70/liter akan memberi kesan kepada semua pengguna kenderaan kecil atau besar. Begitu juga pengguna kenderaan enjin disel di mana harga disel telah dinaikkan sebanyak RM 1.00/liter. Apa dah jadi kepada negara kita ?? Kita merupakan negara pengeluar minyak berkualiti tinggi dan keuntungan yang diperolehi sepatutnya boleh diagihkan kepada rakyat untuk menurunkan harga minyak biasa.
Kenaikan harga yang sangat tinggi ini perlu memberi kejutankepada rakyat jelata dan memikirkan kembali undi yang telah diberikan dalam pilihanraya baru-baru ini ...