Wednesday, June 4, 2008

Renungan Maghrib ...


Petang tadi selepas waktu pejabat, aku telah diajak menziarahi satu blog (angenzzz.blogspot.com) semasa aku sedang membaca mel. Sebenarnya, aku tidak mengenali siapa bloggernya tetapi sekadar ingin menjenguk ruang depannya. Aku tertarik dengan satu kisah yang dipaparkan dan diakhiri dengan paragraf berikut :

Dalam hidup ini, banyak kali kita merasa dikecewakan, depressi, dan sakit hati. Sesungguhnya tak perlu menghabiskan waktu memikirkan hal-hal tersebut. Hidup ini penuh dengan keindahan, kesukacitaan dan pengharapan. Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan perkara yang buruk, mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan banyak hal-hal yang indah yang baik dan yang boleh kita terima di sekeliling kita? Kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan mencuba melupakan yang buruk.

Aku sebenarnya terkenang akan kerjayaku sejak 26 tahun ini sebagai seorang jurutera. Sebenarnya, aku mensyukuri peluang dan rezeki yang Allah SWT berikan sejak tahun 1982 apabila aku mula-mula ditawarkan kerja di JKR Caw. Eektrik KL.
Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini aku agak kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh sesetengah klien yang menjadi pelanggan perkhidmatan perundingan aku.

Bagi klien yang aku rasa lebih pandai daripada jurutera sendiri, aku tidak akan memperdulikan mereka ini... akan aku biarkan mereka dengan dunia khayalan mereka kerana apa yang cuba aku buat pada mata mereka semuanya salah dan tidak memenuhi cita-rasa mereka. Mereka hanya pandai mencari kesalahan kita sedangkan puncanya adalah daripada mereka sendiri. Kalau nak kata mereka tak faham, mereka adalah graduan belaka...

Berpegang dengan apa yang ku baca dalam blog tadi tu, aku akan melupakan mereka yang hanya membawa kedukaan dan kesedihan dalam hati ini... Akan ku tumpukan masa dan tenaga aku kepada mereka-mereka yang masih memerlukan tenaga, khidmat dan pandangan aku..

Ya Allah....lapangkan dada hambamu ini dalam menerima ketentuan-Mu ... Berikanlah aku kesabaran yang tinggi dalam menghadapi insan-insan yang tidak tahu apa itu pengorbanan dan keperitan hidup... Yang tidak tahu apa itu keberkatan daripada-Mu...
Yang tidak tahu erti Ar-Rizk Min-Allah
Yang merasakan tempat mereka mencari rezeki merupakan tempat untuk mereka memerah keringat orang lain .. Tempat untuk mencari kesalahan orang lain ... Tempat di mana segala kebaikan diterima tanpa terima kasih ... Sedikit kesalahan yang dilakukan oleh manusia yang lemah ini dijaja di sana sini... Terimalah segala amal-amal ku walaupun sebesar zarah sekalipun... Kerana aku berhajat kepada pahala-pahala dari-Mu... Ampuni aku sekiranya kesalahan ku lakukan sebesar zarah sekali pun.. Ampuni daku sekiranya di dalam hatiku terdapat sikap takbur kerana ilmu dan pengalaman yang telah kau berikan oleh-Mu .. Berkatilah saki-baki umurku untuk berbakti kepada ummah ini ... Ummah yang masih tercari-cari permata ilmu yang hilang ... Ummah yang masih dibuai mimpi indah di sianghari .. Ummah yang masih dibuai dengan pangkat 'Ketuanan Melayu' ... Kembalikanlah aku kepada-Mu dalam keadaan beriman dan beramal ... Ameen... Ya Rabb 'alameen ...

BSPutra
Maghrib 04-06-2008