Upacara 'akad nikah telah disempurnakan oleh bapa mertuaku sendiri, Tn. Hj. Abdul Ghani Kashmir, seorang pesara Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan di rumahnya berhadapan Masjid Kpg. Asam Jawa, Kuala Selangor. Upacara aqad nikah telah selesai dijalankan pada jam 11.00 pagi.
Majlis ini telah dijalankan dengan meriahnya memandangkan Puspa meruapakan anak terakhir yang melangsungkan perkahwinannya di rumah yang belum pernah mengadakan sebarang khenduri kahwin sebelum ini.
Anggaran tetamu yang datang adalah lebih-kurang 1,600 orang dewasa (dari jumlah buah-tangan yang telah diberikan).. jika dikira dengan kanak-kanak, adalah dianggarkan seramai lebih 2,000 orang tetamu yang hadir. Alhamdulillah, majlis akad nikah dan jamuan makan telah berjalan dengan sempurna se hinggalah hujan turun dengan lebatnya di sertai angin kencang pada jam 4.00 petang. Selepas hujan masih ada tetamu yang datang meraikan pengantin serta memenuhi hajat tuan rumah sendiri.
Akhir kalam, Semoga Allah Memberkati kedua mempelai hingga ke akhir hayart mereka .. Ameen Ya Rabb 'alameen.