Saturday, August 30, 2008

TERSUNGKUR DI AMBANG RAMADAN

Jatuh, luka, bangun semula, uabati, sembuh dan jatuh semula adalah lumrah kehidupan yang harus dilalui oleh setiap insan. Ada yang bernasib baik hanya jatuh sekali sekala dan sembuh semula dengan cepat dan tidak jatuh-jatuh lagi. Alhamdulillah, rezekinya dan qadar hidupnya memang telah ditetapkan demikian.

Pagi tadi dalam bergegas untuk menghantar kunci ke rumahku, akau terseungkur di depan pejabat di sisi keretaku. Sudah agak lama aku tidak jatuh secara fizikal (walaupun secara bathinnya aku telah banyak kali jatuh dan bangun semula) kerana begitu berhati-hati apabila doktor memberitahu aku tidak boleh jatuh kerana ia boleh menyebabkan tulang belakang aku yang telah dibedah sakit kembali.

Luka fizikal yang dapat dilihat dengan mata kita ..

Aku terjatuh dan hampir tersembam di muka jalan kerana tergelincir di atas tanah yang licin di hadapan pejabatku. Nasib baik tidak ada stafku yang melihat, kalau tidak aku mungkin merasa malu, maklumlah badan yang agak tua jatuh seperti sebiji nangka.
Semasa tidak dapat mengawal langkahku, aku sempat menahan badanku daripada terhempas terus dengan cuba menongkah badanku dengan lengan kananku dan kaki kiriku. Natijahnya, lengan kananku mengalami kesan luka dengan batu-batu kecil serta lutut kiriku juga terasa sakitnya.
Setelah membasuh dan menyapu tempat yang luka dengan Losyen Antiseptik (Povidone- Iodine), aku teringatkan kata-kata 'setiap musibah yang menimpa diri kita merupakan musibah sebagai penebus dosa (kafarah)' ...
Aku pasti ini merupakan kafarah ke atas diriku di ambang Ramadan Al-Mubarak ini. Aku sebenarnya bukanlah seorang manusia yang mulia seperti yang ditanggapi oleh rakan sekelilingku serta keluargaku. Aku rasakan hidupku dipenuhi dengan janji dan tanggungjawab yang tidak tertunai olehku walaupun masa yang diberikan 24 jam sehari atau 365 hari setahun.
Aku tidak pandai membahagikan masa...
Aku tidak pandai memberikan keutamaan dalam hidup ...
Aku tidak tunaikan sebaiknya tanggungjawab sebagai seorang ayah ..
Aku tidak tunaikan dengan sebaiknya tanggunjawab sebagai seorang suami ..
Aku tidak tunaikan tanggungjawab sebaiknya sebagai seorang majikan ..
Aku tidak solat tepat pada waktunya ..
Aku tidak melaksanakan apa yang aku katakan ..
Aku tidak zuhud kepada dunia dan apa yang dimiliki oleh orang lain..
Aku jarang bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan ..
Aku tidak berterima-kasih dengan apa yang telah Allah kurniakan ..
Aku tidak peka dengan kesusahan orang lain ..
Aku hanya menilai sesorang daripada apa yang aku lihat ada padanya ...

Betapa banyaknya dosa dan kelemahanku !!!
Bolehkah aku menebusnya di kala usia sudah menjangkau setengah abad ini ..
Di mana maut yang boleh datang pada bila-bila masa ..
Seperti yang terjadi kepada mereka-mereka yang telah pergi si sekeliling kita ..

Di ambang Ramadan Al-Mubarak ini ..
Allah turunkan musibah yang amat ringan padaku ..
Itu pun aku dah tidak sabar menahannya ..
Apatah lagi seksa di hari pembalasan ..

Ya Allah ...
Di ambang Ramadan yang bakal tiba ..
Berilah kekuatan kepada hamba-Mu ini untuk menghabiskan saki-baki hidup ini ..
Dengan beramal kepada-Mu ...
Dengan berjuang menegakkan agama-Mu
Dengan berbakti kepada ummah ini ..
Dengan mengikut jejak rasul kekasih-Mu ..
Se hingga ke hembusan nafasku yang terakhir ...

Perkenankan doa hamba-Mu ini Ya Allah ..
Ameen Ya Rabb ...

Ya Rabb al-'alameen ..



1-September-2008 (1-Ramadhan-1429)

AFK
Skudai