Friday, August 8, 2008

Kemalangan pada 08-08-08

Sudah menjadi suratan dan agar mudah untuk diingat, kereta aku telah dilanggar oleh sebuah bas sekolah pada tarikh keramat ini, tarikh 8hb. Ogos, 2008 atau 08-08-08; hari Jumaat.
Pada pagi tersebut, aku telah keluar bersama anakku Munzir seawal jam 6.45 pagi untuk ke Wisma MCA, Jalan Ampang untuk membuat permohonan Visa Munzir yang akan melanjutkan pelajaran di University of Leeds, England.
Aku menjangkakan kedudukan Menara MCA itu di sebelah kanan Jalan Ampang arah ke Bandaraya KL, rupa-rupanya ianya di sebelah kiri. Aku terpaksa membuat pusingan-U kerana walaupun aku datang dari arah Sg. Besi, aku telah melalui Jalan Yap Kwan Seng dan membelok ke kiri masuk ke Jalan Ampang. Jika aku tahu Menara MCA bersebelahan Hotel NIKKO, tak perlu lagi ke Jln Yap Kwan Seng... aku hanya perlu belok kiri selepas Menara Tabung Hadi di persimpangan Jlan Ampang/Jalan Tun Razak. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, Munzir mendapat giliran ke-12 dalam barisan untuk masuk ke pejabat VISA.

Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya gambar untuk permohonan VISA perlu berlatar-berlakangkan dengan warna PUTIH dan bukannya BIRU yang biasa kita buat bagi gambar paspot. Jadi, terpaksalah pula kami berkejar ke kedai gambar di Ampang Park...gambar segera 4-keping dalam masa 5 minit pada kos RM15.00 (boleh tahan !!! Kalau di JB, 4-keping 5 minit, hanya RM10.00). Nak buat macam mana, terpaksa akur sebab kita perlukan segera... :-((

Setelah urusan VISA selesai, aku dan Munzir bergegas balik ke Bandar Seri Putra untuk menghantar Munzir ke Astana Dugang Resort, Sg. Merab bagi mengikuti Program Pra- Penerbangan Pelajar Perubatan anjuran Malaysia Muslim Medical Association.

Semasa di sinilah, bas yang menghantar peserta program telah melanggar kereta aku apabila ia cuba membuat pusingan balik. Bumper belakang kereta bercalar teruk dan lampu belakang utama telah pecah ... Anggaran kos pembaikan adalah di sekitar RM2,000.00



Setelah berbincang dengan pemandu bas tersebut, aku akur kemalangan tersebut adalah ketentuan Allah dan kami berbincang dan memutuskan untuk menyumbangkan kos pembaikan setakat termampu. Pemandu tersebut mengaku ia yang bersalah dan mengatakan bahawa ia hanya ada RM30.00 di dalam poketnya untuk membeli susu anaknya apabila kerjanya selesai kelak...



Akhirnya akau memberikan fomula yang boleh dipersetujui bersama iaitu :
1. Sekiranya kos pembaikan > RM1,000, pemandu bas tadi akan membayar RM500.00 secara ansuran;
2. Sekiranya kos pembaikan < RM1,000.00, pemandu bas hanya perlu membayar (kos pembaikan sebenar)/2 .

Sesungguhnya, Allah telah menetapkan Qada dan Qadar bagi setiap insan dan perjalanan segala-galanya di dunia ini. Kita hanya dapat berdoa dan menerimanya dengan lapang dada.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya ...
Allahu a'lam...