Saturday, September 6, 2008

USIA SETENGAH ABAD, AMAL BERAPA KILO ??


Aku dilahirkan pada tanggal 7-September-1958, genap 50 tahun yang lalu. Kiranya hari ini, usiaku telah menjangkau setengah abad !!!

Aku melangkah ke detik ini dengan perasaan yang bercampur-baur di antara suka dan duka kehidupan yang telah aku lalui selama ini. Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur kepada Ilahi yang masih meminjamkan usia ini kepada ku untuk aku menunaikan amanah yang tidak ku tahu berapa lama lagikah 'kontrak' yang telah aku ikat di alam barzakh dulu dengan Allah SWT akan tamat ..


Aku telah melihat ramai rakan-rakan yang belum mencecah usia ini telah kembali ke Rahmatullah... Peristiwa pagi 2 Ramadan yang baru 4 hari berlalu masih segar di ingatanku... betapa aku telah menatap jasad saudaraku PM Tarmidi Tamsir terbaring kaku setelah dikapan di rumahnya yang hanya 150 meter dari rumahku ..
Ia telah pergi menemui Allah ketika usia baru mencecah 54 tahun ...
Aku telah melihat ratusan sanak-saudara, sahabat handai, kenalan, murid-muridnya yang menyembahyangkan janazah dan mengiringinya ke tanah perkuburan ...

Perginya seorang sahabat yang ku kenali..
Yang tidak kenal penat lelah mencurahkan ilmu kepada pelajarnya...
Seorang ayah yang telah mendidik anak-anaknya sebaik mungkin ..
Seorang sukarelawan masjid yang tidak kurang mencurah masa dan tenaganya..
Seorang yang selalu mengajak hidupkan malam terutama di bulan Ramadan ..
Seorang yang selalu peka kepada masalah jiran di rumah-rumah sekelilingnya ..
Seorang yang amat ringan tulang anggotanya ..

Pemergiannya pada usia yang telah menjangkau setengah abad..
Dengan amal yang (pada mataku) mungkin ribuan jutaan kilo ...
Hanya Allah yang Maha Mengetahui nilai sebenarnya ..

Ku masih ingat sebuah Hadith sahih yang menyebut :
'Apabila matinya anak adam, putuslah segala amalnya kecuali tiga perkara ..
Sadaqatul jariah ..
Ilmu yang dimanfaatkan oleh orang (yang ditinggalkan) ..
Doa dari anak yang soleh ...'

Bagi diriku yang telah menjangkau 50 tahun...
Berapa kilokah amal yang telah aku sediakan untuk dibawa pergi ??


Tiada siapa yang berani menjawab soalan tersebut untuk dirinya..
Apatah lagi jawapan untuk orang lain..
Justeru itu...
Masih banyak persediaan yang perlu kita dilakukan ..
Masih banyak ruang kosong di dalam hidup ini yang perlu kita isikan ..
Semoga semasa pergi..
Biarlah amal kita lebih besar dari Bukit Uhud ..
Insya-Allah ...



Ya Allah..
Berikan aku kekuatan dan kesihatan untuk penyediaan ini ..
Untuk menghabiskan saki-baki usia yang ada untuk beribadat kepada-Mu ..
Terimalah segala amal yang telah aku lakukan ..
Gandakanlah pahala amal yang telah aku
Berkatilah usia dan hidupku ini ..
Kembalikanlah aku kepada-Mu dalam keadaan beriman & bertaqwa ..

Ameen Ya Rabb 'alameen ...