Saturday, September 13, 2008

Selamat Berangkat & Berjuang, Munzir

Pagi tadi jam 10.00 pagi, Munzir (anak ke-4) telah berangkat bersama rakan-rakannya ke Univrsity of Leeds untuk meneruskan pengajian di bidang perubatan. Pemergian di bulan Ramadan bagi kali pertama ke negara orang ini merupakan cabaran awal yang perlu ditempoh sebelum meneruskan pengajian di sana.

Seawal jam 6.00 pagi pihak JPA telah mengarahkan pelajar yang akan ke sana berkumpul di KLIA. Saya dan Munzir tiba agak lewat sikit kerana mengerjakan solat Subuh bersama sebelum ke KLIA. Waktu subuh hanya masuk pada jam 5.48 pagi. Setelah selesai solat pada jam 6.15 pagi, Munzir telah mendapat panggilan daripada pegawai JPA menanyakan kenapa belum tiba. Insya-Allah, saya meyakinkan Munzir bahawa perkara itu tidak apa kerana dari Bandar Seri Putra hanya mengambil masa 30 minit (keadaan biasa) atau 15 minit (keadaan tersdesak).

Munzir sedang mengenakan Suit (Blazer) dan solat Subuh

Memandangkan keadaan Munzir yang agak kurang selesa, saya terpaksa memilih masa kedua iaitu 15 minit. Alhamdulillah, setelah bertolak pada jam 6.30 pagi, kami tiba di KLIA tepat jam 6.45 pagi yang jaraknya dari rumah saya di BSPutra sejauh 35 Km.

KLIA - Lapangan terbang terbesar di Malaysia

From Left - Munzir, Hidayah & Firah (kakak & adik) dan Tawfiq (abang)

Bergambar bersama uncle, Embah & keluarga sebelum berlepas

Saat sebelum memasuki Get Perlepasan untuk menaiki pesawat ke London

Setiba di KLIA, Munzir telah menguruskan urusan pemeriksaan masuk serta taklimat akhir JPA. Pada jam 8.30 pagi, semua penuntut yang akan ke UK diminta masuk untuk pemeriksaan Imigresen dan ke terminal C untuk penerbangan.

Tiada apa yang dapat dikirimkan lagi selain daripada doa dan pesanan agar Munzir serta rakan-rakan akan berusaha bersungguh-sungguh serta jangan lupa amalan serta tanggungjawab kepada Pemberi Rezeki, Allah SWT.

Sementara itu, pegawai JPA memaklumkan bahawa kerajaaan membiayai antara RM 1.2 - 1.5 juta bagi pengajian perubatan di UK bagi setip pelajar. Jumlah kos yang tinggi ini perlu diberi perhatian yang serius agar bantuan yang diberikan akan dimanfaatkan sepenuhnya dan kembali mencurahkan bakti kepada negara kelak...


Ke kaunter Imigresen KLIA sebelum berlepas ..
Semoga Berjaya Anakku.. Jaga diri semasa di perantauan..
Jangan lupa berdoa untuk kami di sini ..


KLIA Sepang