Showing posts with label Studies. Show all posts
Showing posts with label Studies. Show all posts

Monday, October 13, 2008

Ulangtahun 125 Sekolahku, Rakan Belajar 32 Tahun Lalu Kutemui ...


Tanggal 11-Oktober, 2008 yang lalu, Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke-125 tahun. SMKE ini merupakan sekolah tertua di Malaysia. Bertempat di Dewan Perbandaran Taiping, satu jamuan makan malam telah diadakan dengan dihadiri oleh DYMM Sultan Perak, DYMM Raja Muda Perak, YM Raja Dihilir Perak, YB Menteri Bedar Perak serta pegawai-pegawai kanan jabatan pendidikan, guru-guru serta bekas guru serta bekas murid dan pelajar semasa sekolah ini.


Bagiku, bukanlah usia 125 tahun yang dibanggakan tetapi peluang menemui semula rakan sekolahku yang bersamaku selama 6 tahun (1971-1976) merupakan rahmat Allah yang amat aku syukuri. Pertemuan dengan rakan seasrama dan setingkatan denganku yang tidak pernah ku temui sejak November, 1976 (En. Shahrir bin Hj. Azmir) merupakan satu rahmat yang paling indah buat ku. Persahabatan yang terputus kerana tugas dan tanggungjawab kini dapat dijalin semula.

Two long-lost friends who had not met since 1976 (Form 5) and
met during the 125 yrs SMKE VII Celebration on 11-Oct-2008




Aku juga berpeluang menemui pelajar-pelajar di sekitar tahun 1969 hingga 1978 yang mana setengahnya telah tidak ku kenali.
Walaupun hujan telah turun di sebelah petangnya, perjalanan jamuan makan malam telah berjalan dengan lancar.
Sebuah lukisan yang dihasilkan oleh Cik gu Razak (seorang guru yang amat disenangi oleh 100% pelajar yang kini berusia 65 tahun) telah dihadiahkan ke Bahawh Duli Tuanku Sultan Perak yang telah mengingatkan nostalgia semasa zaman persekolahan dahulu.

En. Roli Hassan, Perak Deputy Education Director (Old Edwardian)

Majlis telah tamat pada jam 11.15 malam di mana selepas itu aku sempat berkenalan dengan Pengetuan SMKEVII Taiping, En. Yahya Liman yang juga merupakan saudar 2 pupu aku. Betapa kecilnya dunia ini rupanya.
Adalah ku harapkan ukhuwwah yang terjalin kembali dapat mengeratkan semula persahabatan yang telah terputus sekian lama ke arah menhwujudkan ukhuwwah islamiah yang lebih jitu... Ameen.. Ya Rabb 'alameen..

Bagi mereka yang ingin mengetahui maklumat terperinci tentang sekolah, boleh layari laman web ini - http://www.edwardians.com.my

Saturday, September 13, 2008

Selamat Berangkat & Berjuang, Munzir

Pagi tadi jam 10.00 pagi, Munzir (anak ke-4) telah berangkat bersama rakan-rakannya ke Univrsity of Leeds untuk meneruskan pengajian di bidang perubatan. Pemergian di bulan Ramadan bagi kali pertama ke negara orang ini merupakan cabaran awal yang perlu ditempoh sebelum meneruskan pengajian di sana.

Seawal jam 6.00 pagi pihak JPA telah mengarahkan pelajar yang akan ke sana berkumpul di KLIA. Saya dan Munzir tiba agak lewat sikit kerana mengerjakan solat Subuh bersama sebelum ke KLIA. Waktu subuh hanya masuk pada jam 5.48 pagi. Setelah selesai solat pada jam 6.15 pagi, Munzir telah mendapat panggilan daripada pegawai JPA menanyakan kenapa belum tiba. Insya-Allah, saya meyakinkan Munzir bahawa perkara itu tidak apa kerana dari Bandar Seri Putra hanya mengambil masa 30 minit (keadaan biasa) atau 15 minit (keadaan tersdesak).

Munzir sedang mengenakan Suit (Blazer) dan solat Subuh

Memandangkan keadaan Munzir yang agak kurang selesa, saya terpaksa memilih masa kedua iaitu 15 minit. Alhamdulillah, setelah bertolak pada jam 6.30 pagi, kami tiba di KLIA tepat jam 6.45 pagi yang jaraknya dari rumah saya di BSPutra sejauh 35 Km.

KLIA - Lapangan terbang terbesar di Malaysia

From Left - Munzir, Hidayah & Firah (kakak & adik) dan Tawfiq (abang)

Bergambar bersama uncle, Embah & keluarga sebelum berlepas

Saat sebelum memasuki Get Perlepasan untuk menaiki pesawat ke London

Setiba di KLIA, Munzir telah menguruskan urusan pemeriksaan masuk serta taklimat akhir JPA. Pada jam 8.30 pagi, semua penuntut yang akan ke UK diminta masuk untuk pemeriksaan Imigresen dan ke terminal C untuk penerbangan.

Tiada apa yang dapat dikirimkan lagi selain daripada doa dan pesanan agar Munzir serta rakan-rakan akan berusaha bersungguh-sungguh serta jangan lupa amalan serta tanggungjawab kepada Pemberi Rezeki, Allah SWT.

Sementara itu, pegawai JPA memaklumkan bahawa kerajaaan membiayai antara RM 1.2 - 1.5 juta bagi pengajian perubatan di UK bagi setip pelajar. Jumlah kos yang tinggi ini perlu diberi perhatian yang serius agar bantuan yang diberikan akan dimanfaatkan sepenuhnya dan kembali mencurahkan bakti kepada negara kelak...


Ke kaunter Imigresen KLIA sebelum berlepas ..
Semoga Berjaya Anakku.. Jaga diri semasa di perantauan..
Jangan lupa berdoa untuk kami di sini ..


KLIA Sepang

Iftar Ramadan & Doa Selamat Untuk Munzir

Top : Isma's Families (parents, brother, brother in law,
sister, sister-in-law, nephews and nieces)
Bottom-Left : Munzir with parents & grand-parents
Bottom-Right : Isma accompanying sister-in-laws to the dining hall


Fuaad's Sisters (their husbands, sons & daughters)
Top : From RHS
-
Fazlina, Kak Izar, Sakinah, Madihah & Amal
(Nawal's daughters), Nawal and Kak Aqilah (white tudung)

Middle : From RHS - Nasir (Nawal's husband), Amin (Kak Izar's husband),
Azlan & Fahmi (Kak Izar's sons), Abg Wan Chik (Kak Aqilah's husband),
Muhaimin & Azam (Nawal's sons)
Bottom : From RHS - Kak Aqilah, Fazlina (Kak Aqilah's daughter),
Kak Izar, Sakinah & Madihah (Nawal's daughters)


Alhamdulillah, dalam kesibukan Ramadan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memaklumkan bahawa penerbangan Munzir (anak ke-4) ke UK untuk melanjutkan pelajaran di bidang perubatan adalah pada 13hb. September, 2008. MUnzir akan ke University of Leeds, UK selama 5 tahun,


Memandangkan masa yang agak suntuk untuk mengadakan majlis khenduri & doa selamat, kami memutuskan untuk mengadakan majlis Iftar dan Doa Selamat dengan menjemput saudara-mara yang berada di sekitar KL sahaja... itu pun tidak semua dijemput kerana kesuntukan masa. Alhamdulillah, majlis iftar diadakan di Puri Pujangga UKM pada 12-September-2008 yang dihadiri oleh lebih-kurang 70 orang sanak-saudara. Ia diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Sdr. Mohaimin, anak saudara saya yang menuntut di Sekolah Al-Hira', Batu Belah, Klang.

Big Square Photos Description :
Top (from Left) - Kak Ainon (Abang Hilmi's wife), Heriani & Halina (daughters);
Middle (from Left) - Inn, Idayu (Abang Iskandar's daughters) & Hidayah (my daughter);
Bottom - Munzir with his grand-father (Isma's father)



Majlis telah bersurai sebelum Isya' kerana ramai yang akan bertarawih. Semoga pemergian Munzir ke UK akan sentiasa dilindungi dan di dalam Peliharaan-Nya sentiasa...Ameen..

Bangi..13 Ramadan 1429

Sunday, August 10, 2008

Munzir IB Convocation 2008


Today is one of the memorable day again for Munzir. He received his Diploma in International Baccalaureate (Dip. IB) and Excellent Student Awards (top 30) from Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (mewakili YB Datuk Noh Omar). All 368 Kolej Mara Banting (KMB) students passed the exam and KMB has topped the world's list in DIB performance. 5 of its students scored 100% (45/45) marks in the exam.


The convocation was held at Putrajaya International Convension Centre (PICC) from 8.00 a.m to 1.00 p.m today and about 1,000 people attended the occasion.
Although it was a tiring session, it was a memorable day for Munzir for having made another milestone in his study. He received Academic Excellent Award 2006 from the minister two years ago after obtaining 11 A1's in his SPM.


Munzir will continue his study at Leeds University, England starting this September 2008 until June 2103, and we pray to Allah to Grant him all the success in this world and in the hereafter...Ameen..



Lol from all in the family ..