Tanggal 11-Oktober, 2008 yang lalu, Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke-125 tahun. SMKE ini merupakan sekolah tertua di Malaysia. Bertempat di Dewan Perbandaran Taiping, satu jamuan makan malam telah diadakan dengan dihadiri oleh DYMM Sultan Perak, DYMM Raja Muda Perak, YM Raja Dihilir Perak, YB Menteri Bedar Perak serta pegawai-pegawai kanan jabatan pendidikan, guru-guru serta bekas guru serta bekas murid dan pelajar semasa sekolah ini.
Bagiku, bukanlah usia 125 tahun yang dibanggakan tetapi peluang menemui semula rakan sekolahku yang bersamaku selama 6 tahun (1971-1976) merupakan rahmat Allah yang amat aku syukuri. Pertemuan dengan rakan seasrama dan setingkatan denganku yang tidak pernah ku temui sejak November, 1976 (En. Shahrir bin Hj. Azmir) merupakan satu rahmat yang paling indah buat ku. Persahabatan yang terputus kerana tugas dan tanggungjawab kini dapat dijalin semula.
Aku juga berpeluang menemui pelajar-pelajar di sekitar tahun 1969 hingga 1978 yang mana setengahnya telah tidak ku kenali.
Walaupun hujan telah turun di sebelah petangnya, perjalanan jamuan makan malam telah berjalan dengan lancar.
Sebuah lukisan yang dihasilkan oleh Cik gu Razak (seorang guru yang amat disenangi oleh 100% pelajar yang kini berusia 65 tahun) telah dihadiahkan ke Bahawh Duli Tuanku Sultan Perak yang telah mengingatkan nostalgia semasa zaman persekolahan dahulu.
Majlis telah tamat pada jam 11.15 malam di mana selepas itu aku sempat berkenalan dengan Pengetuan SMKEVII Taiping, En. Yahya Liman yang juga merupakan saudar 2 pupu aku. Betapa kecilnya dunia ini rupanya.
Adalah ku harapkan ukhuwwah yang terjalin kembali dapat mengeratkan semula persahabatan yang telah terputus sekian lama ke arah menhwujudkan ukhuwwah islamiah yang lebih jitu... Ameen.. Ya Rabb 'alameen..

Two long-lost friends who had not met since 1976 (Form 5) and
met during the 125 yrs SMKE VII Celebration on 11-Oct-2008

Bagi mereka yang ingin mengetahui maklumat terperinci tentang sekolah, boleh layari laman web ini - http://www.edwardians.com.my